Jangan Kejar Dunia, Kamu Akan Penat

Sunday, 15 May 2011

Antara Harta, Darjat, Keturunan, dan Rupa

Posted by Muhamad Asnawi Vaea | Sunday, 15 May 2011 | Category: , |

                      BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam semoga dilimpahkan ke atas Nabi Muhammad bin Abdullah S.A.W., keluarganya, dan para sahabatnya. Wa ba'du.


Laila Humaira - Sememangnya gadis yang tidak dapat disangkal lagi ketinggian posisinya di mata setiap teruna yang mengenalinya. Berkulit cerah, bermata biru, malah susuk tubuhnya yang ramping dengan begitu mudah sahaja mencairkan setiap lelaki  yang melihatnya. Bahkan, kepetahannya menyusun kata pada setiap syarahannya dan budi pekertinya yang mulia juga tidak dapat ditandingi oleh rakan-rakan sekolah yang lain. ‘Straight A+’ bak kata pepatah calon-calon SPM dan STPM (^_^).


Hatta di sekolah yang sama dengan Laila Humaira terdapat beberapa orang lelaki, yang berasakan diri mereka sepadan, bagai pinang di belah dualah kunuk dengan 'gadis A+' tersebut. Antaranya:


1) Zack Zikro  - Orang kaya yang memiliki beratus-ratus bidang  
                 tanah.
2) Daniel Dick - CEO salah sebuah syarikat sarang burung yang 
                 terbesar di negara ini.
3) Putera Kino - Anak raja yang menjadi kegilaan ramai gadis di  
                 tanah air ini.  
4) Yazid Yen   - Pelajar lelaki sekolah tersebut yang paling  
                 kacak antara yang paling kacak.


Maka, setiap seorang daripada mereka pun memulakanlah langkah untuk mengatur strategi masing-masing...
_________________________________________________________________


Zack  : Assalamualaikum. Nak tanya boleh?
Laila : Erm... Tanya apa ye?
Zack  : Saya dah lama memerhatikan awak.Sejak kita kindergarden 
        lagi.Hmm, andai kata saya ingin mengambil awak menjadi 
        teman hidup saya suatu hari nanti,sudikah awak 
        menerimanya?Saya berjanji, saya akan berkongsi segala  
        harta kekayaan saya dengan awak nanti.Takkan awak tak    
        tahu,sayalah pelajar terkaya di sekolah ini.
Laila : Erm..Minta maaflah.Tak lama lagi saya ada kelas Fizik.  
        Saya nak cepat ni. Saya pergi dulu.  


Hampanya seorang lelaki yang mempunyai harta... Kerana dikecewakan oleh seorang wanita...

_________________________________________________________________


Daniel : Erm... Laila Humaira... Tunggu jap. Saya ada hal nak   
         beritahu awak ni. Boleh awak luangkan sedikit masa tak?
Laila  : Ada apa-apa yang saya boleh bantu ke?
Daniel : Begini,saya berasa sangat tertekan belajar di sekolah.  
         Saya amat memerlukan seseorang...Seseorang yang 
         sentiasa mendampingi saya di kala senang dan 
         susah.Seorang wanita yang sanggup menghulurkan bantuan 
         kepada saya.Sudi tak awak...menjadi kekasih saya?? 
         Ikrar kumbang kepada bunga,awak akan mendapat jawatan 
         kedudukan,dan darjat yang tinggi di syarikat saya after 
         kita habis sekolah nanti...Takkan awak tak tahu,saya 
         kan CEO salah sebuah syarikat terfamous kat negara ni.
Laila  : Erm... Boleh saya minta izin tak? Saya ada kelas ni... 
         Takut terlewat pula.


Hampanya seorang lelaki yang mempunyai darjat...Kerana dikecewakan oleh seorang wanita...
_________________________________________________________________


Kino  : Laila... 
Laila : Ye? Ada apa hal penting?
Kino  : Beta tak nak bermadah helah. Beta bukan seperti lelaki  
        lain. Begini, sudi tak kamu menjadi teman wanita beta? 
        Ramai yang tergila-gilakan beta, tapi entah mengapa,,, 
        kamu tak seperti mereka... Membuatkan beta tertarik 
        kepada kamu... Jadi,,, apa jawapan kamu?? Bicara sahaja 
        'Ya'. Kita permudahkan cerita... Takkan kamu tak tahu,,, 
        beta kan putera yang menjadi kegilaan ramai anak dara di 
        tanah air ini?
Laila : Erm... Maaflah. Saya nak cepat ni. Ada kelas... Takut 
        cikgu marah nanti...


Hampanya seorang lelaki yang mempunyai keturunan yang baik... Kerana dikecewakan oleh seorang wanita...
_________________________________________________________________


Yazid : Laila Humaira???
Laila : ???
Yazid : Awak tak kenal saya??? Kita naik bas yang samalah ke 
        bandar bulan ke lepas... Benarlah pepatah, hanya jauhari 
        mengenal manikam...
Laila : Saya tak faham...
Yazid : Tak pe,mengikut pengalaman saya, seorang rupawan memang  
        akan berperangai seperti awak... Erm... Awak tak rasa 
        janggal ke,,, semua kawan awak dah start bercouple,,, 
        Awak bila lagi?? Kalau awak sudi, ambillah saya menjadi 
        buah hati awak... Kita kan memang sepadan... Awak wanita 
        tercantik dan saya lelaki terkacak... Kita bagai pinang 
        diduduki kerbau...Memang sepadan...Takkan awak tak 
        tahu,,,saya kan pelajar lelaki yang terkacak kat sekolah 
        ni??
Laila : Erm... Beberapa minit lagi kelas nak start...Saya pergi  
        dulu...



Hampanya seorang lelaki yang mempunyai rupa... Kerana dikecewakan oleh seorang wanita...
_________________________________________________________________


Tatkala Laila berasakan bahawa sudah tiada lagi lelaki yang ingin menghampirinya, dia mula menarik nafas lega...


Namun,rupa-rupanya masih ada seorang jejaka lagi yang menghampirinya dan berhasrat untuk mengambilnya sebagai teman wanita...


Bagaimana pun, jejaka ini berbeza dengan yang lain-lain sebelumnya. Kelihatannya tidak begitu rupawan. Malah, dari segi penampilannya bukanlah seorang yang berkedudukan. Pakaiannya pula tidak mampu menggambarkan yang dia seorang yang kaya. Selain itu, tidak mungkin juga dia seorang anak raja kerana dia bukanlah seorang yang terkenal.Entah apa pula yang akan ditawarkannya kepada Laila Humaira untuk menambat hatinya...


Perlahan-lahan dia menghampiri Laila Humaira.Namun,mulutnya seperti dikunci rapat... Dia diam tanpa bicara...


Laila : Hmm...Mesti kamu pun ingin mengambil saya menjadi teman 
        wanita bukan??


Jejaka tersebut menganggukkan kepalanya.


Laila : Mengapa pula kamu meminati saya? Apa yang kamu hendak  
        tawarkan kepada saya? Apa yang kamu ada?
Jejaka: Aku tidak punya harta.Aku tidak punya darjat.Aku bukan   
        berasal daripada keturunan yang terkenal.Bahkan,aku juga 
        tidak punya rupa.Tapi aku punya sesuatu yang setiap 
        manusia di dunia ini ada-iaitu sekeping hati...Sekeping 
        hati yang lemah dan mudah dinodai syaitan.
Laila : ...
Jejaka: Laila,,,memang benar aku menyukai kamu.Tapi,aku menemui 
        kamu bukan untuk menyatakan "Aku Sayang Kamu","Aku Rindu 
        Kamu",apatah lagi "Aku Cinta Kamu".Bukan itu 
        niatku,,,Laila.Tapi untuk menyatakan "Aku Minta 
        Maaf".Minta maaf kerana selepas ni aku mungkin akan cuba 
        menghindari kamu.Aku tidak akan semesra seperti dulu 
        lagi.Andai kata engkau melihat aku mengelakkan diri 
        darimu suatu hari nanti,tolong husnuzan.Aku melakukannya 
        bukan kerana adanya perasaan benciku terhadapmu.Tidak 
        sama sekali.Aku melakukannya untuk mengelakkan diri dari 
        fitnah dunia.Hati aku lemah,Laila.Aku tidak ingin  
        seringkali kalah kepada bisikan syaitan.Aku tidak ingin 
        selalu tumpas kepada pembutaan hawa nafsu.Kalau benar 
        kamu kawan aku,tolong aku jaga hati aku.Aku tidak ingin  
        cintaku kepada manusia melebihi cintaku kepada Yang Maha 
        Mencintai.Kalau benar pun aku mencintai manusia,biarlah 
        kerana-Nya...
Laila  :...
Jejaka :Laila,izinkan aku tuk mengundurkan diri.Maaf kalau aku 
        terkasar bahasa.Harap kamu boleh jaga diri...


Jejaka tersebut pun pergi dari tempat tersebut,dengan harapan untuk mencari reda-Nya...


Gembiranya seorang lelaki yang mempunyai hati yang lemah... Kerana dapat menjaga hatinya...
_________________________________________________________________


5 TAHUN KEMUDIAN




"Syamsul Wahyu Iskandar!!!". "Ye,mak..."."Tu lah dia bakal zaujah kamu...Pergilah taaruf...".


Wahyu : Assalamulaikum.
???   : Waalaikumussalam.
Wahyu : Eh,pesal cam pernah nampak?
???   : Kamu sudah tidak ingat saya?


Wahyu terpana seketika.Mindanya giat merungkai kembali ikatan memori yang tersimpul dalam durasi lima tahun sebelumnya.Agak samar.Namun,Wahyu mengalah.Dia tidak mampu menggapai kenangan yang intertwine dengan situasinya sekarang ini.


???   : Kamu pernah memohon maaf kepadaku sebelum ni.Kamu  
        mengatakan kamu akan menghindariku untuk mengelakkan 
        fitnah dunia.Kamu juga mengatakan kamu tidak ingin kalah 
        kepada bisikan syaitan dan pembutaan hawa 
        nafsu.Malah,kamu juga tidak ingin cintamu kepada manusia 
        melebihi cintamu kepada Ilahi.Hati kamu juga lemah dan 
        kamu inginkan aku untuk menolongmu menjaga hatimu...
Wahyu : ...
???   : Sekarang,izinkanlah aku untuk membantu kamu menjaga  
        hatimu dan hatiku...Sekiranya kamu sudi,berikanlah aku 
        kebenaran untuk mencari reda-Nya bersamamu...
Wahyu : ...
???   : Akulah...Laila Humaira...


Gembiranya seorang lelaki yang mempunyai hati yang lemah... Kerana dapat menjaga hatinya...Dengan bantuan zaujah tercinta...



_________________________________________________________________


IBRAH


Catatan dunia jelas menunjukkan bahawa manusia boleh mempunyai harta yang menggunung-gunung,bahkan lebih dari itu.Lihat sahaja kisah Qarun yang tercatat dalam kalam Allah...Malah,tidak ketinggalan juga Bill Gates dan Donald Trump yang terkenal dengan    
kekayaan melimpah ruah.Selain itu,ada juga manusia yang diberikan pangkat dan darjat yang jauh lebih tinggi berbanding orang lain,hingga menyebabkan ramai manusia cemburu akannya.Tidak ketinggalan,manusia yang berasal daripada keturunan yang dilihat tinggi berbanding orang lain,seperti keturunan diraja dan golongan bangsawan.Di samping itu,terdapat juga manusia yang rupawan,mempunyai wajah yang kacak dan jauh lebih cantik berbanding orang lain...


Tetapi,cuba tanya diri kita.Tolong beri ruang kepada hati kita untuk berfikir...
Apakah Allah melihat seseorang pada hartanya?

Apakah Allah melihat seseorang pada darjatnya?                     
Apakah Allah melihat seseorang pada keturunannya?
Apakah Allah melihat seseorang pada rupanya?


Firman Allah:
Wahai manusia!Sungguh,Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita,kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.Sungguh,yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.Sungguh,Allah Maha Mengetahui,Mahateliti.
                                          (Q.S. Al-Hujurat 49:13)



Ayat suci tersebut jelas menunjukkan bahawa harta,pangkat, keturunan,dan rupa tiada nilainya di sisi Allah.Tapi,seseorang itu akan menjadi mulia di sisi Allah apabila dia bertakwa.Jangan berasa bangga dengan apa-apa yang kita ada...Kerana semua itu adalah nikmat-Nya...


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
                      (Q.S. Ar-Rahman 55:13)


Oleh itu,apa kata,,,wahai kawan-kawanku...cuba kita perbaiki hati kita dari semasa ke semasa...Setiap amal yang kita lakukan,,,cuba kita istiqamah...bahkan kalau boleh istimrar...




Ayuhlah wahai teman...
Kita tinggalkan zaman fitnah...
Kita tinggalkan zaman jahiliyah moden...
Agar tertegak kalimah Allah...
Agar terbangun dunia baru Islam!!!









...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum     
   sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri...
                                             (Q.S. Ar-Ra'd 13:11)


                       ~Rabbi Yasir Walaa Tuasir~
                              WALLAHUALAM

Currently have 0 comments:


Leave a Reply