Jangan Kejar Dunia, Kamu Akan Penat

Friday, 3 June 2011

Seorang Lelaki Sejati!

Posted by Muhamad Asnawi Vaea | Friday, 3 June 2011 | Category: |

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam semoga dilimpahkan ke atas Nabi Muhammad bin Abdullah S.A.W., keluarganya, dan para sahabatnya. Wa ba'du.
__________________________________________________________________________________



Seorang lelaki sejati,
Bukannya bangun pagi terkejut beruk,
Tetapi kudusnya seorang lelaki,
Kerana kejut sebelum ayam jantan berdiri berkokok.

Seorang lelaka sejati,
Bukannya asap rokok memenuhi dadanya,
Tetapi mulianya seorang lelaki,
Berkelana mencari ilmu melengkapi dirinya.

Seorang lelaki sejati,
Bukannya kumbang yang mampu memikat berjambak-jambak bunga,
Tetapi indahnya seorang lelaki,
Tika mengukir senyuman pada bunga suntingannya.

Seorang lelaki sejati,
Bukan isterinya bertakhta di sanubari,
Tetapi syahdunya seorang lelaki,
Apabila ibu tercinta tetap pilihan hati.

Seorang lelaki sejati,
Bukannya yang punya harta berlambak,
Tetapi murninya seorang lelaki,
Jika melimpah sahamnya setelah ajal kelak.

Seorang lelaki sejati,
Bukannya pria yang berdada bidang sahaja,
Tetapi luhurnya seorang lelaki,
Yang berhati kental bilamana diuji-Nya.

Bahkan seorang lelaki sejati,
Bukannya jejaka yang mahir dunia fesyen,
Tetapi solehnya seorang lelaki,
Hamba yang hidupnya acuan al-Quran!


Geruhnya lelaki zaman kini,
Kemuliaan hati begitu mudah dinodai,
Tak lelah berhibur di sana sini,
Lupa janji-Nya yang telah terpateri.

Sayunya lelaki zaman kini,
Syaitan dan nafsu terlalu mudah merajai,
Begitu sibuk dengan hal duniawi,
Manisnya iman jarang sekali dicari...


Duhai pemuda sekalian,
Basahkanlah lidah dengan mengingat Tuhan,
Jadikanlah Muhammad bin Abdullah SAW sebagai suri teladan,
Pegang Quran dan sunnah sebagai landasan.

Duhai kaum lelaki,
Marilah kita memperbaiki diri,
Kerana Allah kita hidup dan mati,
Akhlak baginda ayuh kita contohi,
Dengan takwa dan iman hidup dihiasi,
Peringatan untuk penulis sendiri,
Agar bisa menjadi seorang lelaki sejati!   


Hasil Coretan : Muhamad Asnawi at-Tawauwi
__________________________________________________________________________________
~Rabbi Yasir Walaa Tuasir~
WALLAHUALAM


Currently have 0 comments:


Leave a Reply