BULAN BINTANG

Jangan Kejar Dunia, Kamu Akan Penat

Sunday, 11 March 2012

CERPEN: AGAR LAYAK DIPANDANG ALLAH!

Posted by Muhamad Asnawi Vaea | Sunday, 11 March 2012 | Category: , , , | 4 comments

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam semoga dilimpahkan ke atas Nabi Muhammad bin Abdullah S.A.W., keluarganya, dan para sahabatnya. Wa ba'du.
___________________________________________________________________________________

       Matanya berkaca-kaca. Air tangisan mula menodai kekeringan pipinya. Jarang hatinya mampu untuk tunduk sedemikian rupa. Cuma malam itu kerendahan hatinya terasa begitu berdaya untuk melahirkan keluhuran jiwa. Keluhuran yang hanya setara mengambil Allah sebagai saksi. Ketulusan manusiawi yang hanya pantas diukur oleh Allah semata-mata. Serta nilai keikhlasan yang melayakkannya agar dipandang oleh Allah Azza Wa Jalla!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
              
     Pagi Sabtu nan indah. Sinaran mentari mula padat menghujani bumi. Burung yang bertenggek di atap Surau Nurul Huda mengekor melihat kelibat dua orang pelajar MRSM Tawau, Idris dan Iwansa yang memang terkenal dengan semangat mereka memperjuangkan Islam.  Dalam satu halaqoh yang sama, mereka umpama dua tubuh yang disimpul dengan satu ikatan, iaitu ikatan keimanan. Mengajak orang kepada kebaikan merupakan satu kewajipan bagi mereka. Setiap kali berlangsungnya halaqoh pada hujung minggu, pasti ada sahaja rakan-rakan yang mereka ajak untuk ikut serta. Apa tidaknya, janji Rasulullah tersemat ketat di hati mereka,


                “Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada  
                 apa-apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tobrani)

                                                 
Betapa manis janji baginda! Sehingga menyebabkan sesiapa sahaja yang membaca hadis di atas, terasa tergerak hatinya untuk menda’wahi orang lain. Kita begitu yakin akan kejujuran Rasulullah bukan? Maka sudah pasti kita juga meyakini janji yang telah dipateri oleh baginda ini. Justeru, selepas ini sepatutnya kita menjadi lebih bersemangat untuk bertapak di jalan tarbiyah ini, bahkan lebih baik lagi kalau mampu mengajak orang lain untuk bersemangat sama, insyaAllah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Di laman Surau Nurul Huda…

Sang Murobbi    : Idris, mereka semua ini antum yang ajak?

Sang murobbi bersuara untuk memecah kesunyian di sesi musykilah. Halaqoh pada hari itu berlangsung lebih lama berbanding kebiasaannya. 

Idris                    : Ya, akh. Ana ajak mereka dari kelmarin lagi.

 "Alhamdulillah. Antum semakin lama semakin bersemangat untuk menyebarkan nilai-nilai 
 keislaman di maktab antum ni. Ana berharap agar ahli-ahli halaqoh yang lain berbincang dengan akh Idris untuk berkongsi strategi atau pun cara mentajmi’ yang muntijah. Tetapi,bukanlah di sini ana bermaksud untuk mengangkat akh Idris lebih  tinggi berbanding yang lain. Tidak ikhwahfillah. Maksud ana,cuba untuk kita mengambil segala yang baik yang boleh kita peroleh,kemudian manfaatkannya untuk Islam".  

Semua ahli halaqoh mengangguk tanda setuju.Apa tidaknya,Idris memang tidak pernah 
terlepas daripada membawa sekurang-kurangnya dua orang rakannya setiap kali halaqoh.

Cuma pada kali itu, Iwansa sedar kelainan pada Idris. Dia mula perasan benih-benih riya’ 
bercambah dalam hati Idris. Sebenarnya dia sudah terintai-intai perasaan tersebut sejak 
beberapa minggu yang lalu. Meski pada peringkat awal, tapi Iwansa tahu ia akan menjadi 
parah kalau dibiarkan berterusan. 





“Ah! Apa ni! Atas dasar apa aku perlu berburuk sangka dengan ikhwah sendiri. Ya Allah, 
jauhkanlah su’u zon ini dariku, ya Allah”, getus Iwansa dalam gedung doanya. Terngiang-
ngiang firman Allah,

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian
prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah 
ada di antara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang 
suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan 
bertakwalah kepada Allah,sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang. " (49:12)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Idris      : Iwansa, antum ada tak ajak sesiapa ke halaqoh esok?

Iwansa   : InsyaAllah akh, esok Azri akan join sekali.

Idris      : Azri je? Antum tak ajak yang lain?

Iwansa   : Ana ada ajak, tapi setakat ni yang pasti datang Azri je. Tapi, insyaAllah
             
               ke hadapan ana akan berbuat lebih baik lagi, ajak lebih ramai kawan, 

               tetapi yang lebih penting ialah keikhlasan kita dalam berbuat, untuk 
             
               mencari redha Allah Taala.
 Idris      : Bagus juga ikhlas. Tapi, kalau tiada yang datang maksudnya ikhlas 
               itulah alasan yang paling berasas sekali. Hehe               

Gurauan Idris kali ini pedas. Kalau bukan Iwansa, pasti sudah ada manusia pertama di dunia 
yang makan kasut saiz 9. Iwansa tahu Idris hanya bergurau. Tetapi, kalau keikhlasan mula 
dipandang remeh, tidak mustahil Idris akan lemas dalam perasaan riya’nya tika masa kian 
beransur.

Iwansa                    : Akh, kenapa kita berda’wah? Nak dipandang oleh murobbi, atau 
                               dipandang oleh Allah?

Idris                       : Apa maksud antum ni, akh?

Iwansa                    : Sesungguhnya dia (syaitan) dan tenteranya dapat melihat kamu dari 
                               suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka”. Itu firman    
                               Allah dalam surah al-A’raf ayat ke 27. Kita kekadang tak perasan akh, 
                               rupa-rupanya selama ini syaitan sibuk menghendap kita, mengintai di 
                               mana titik-titik kelemahan kita, hingga apabila dia menjumpainya, 
                               dia akan menghasut kita tanpa kita sedari akh. Boleh jadi juga kita 
                               sendiri pun tak sedar, hakikatnya kita secara tak sengaja menanam 
                               benih-benih riya’ di semaian hati kita. Mohon dijauhkan, ya Allah. 
                               Ana lemah akh. Tolong selalu ingatkan ana perihal keikhlasan ni. 
                               Sabda Rasulullah kan jelas, 

                               “Sesungguhnya Allah tidak menerima 
                               amal kecuali yang ikhlas dan dengannya ia mencari 
                               keredaan-Nya”   (Riwayat an-Nasa’i).
Idris                        : Akh Iwansa, ana faham apa yang ingin antum lakukan. Antum ingin 
                                mengingatkan ana kan?
Iwansa                    : Wazakkir fa’innaz zikro tanfa’ul mu’minin. Hehe. Jom lah akh. 
                                Halaqoh dah nak mula tu. Risau kita kena iqob pula kalau berlengah-
                                lengah.

“Syaitan mengintai titik kelemahan? Menghasut tanpa aku sedari? Aku riya’ ke? Untuk 
  apa aku berda’wah sebenarnya? Mengapa aku mengajak orang kepada tarbiyah? Agar 
  dipandang Allah? Atau semata-mata inginkan pengiktirafan murobbi?”

Idris sudah mula bermonolog dalaman. Ketika itu juga datang bisikan-bisikan untuk dia 
menepis semua pertanyaan itu.
 
    “Ah! Ikhlas tak ikhlas belakang cerita. Yang penting 
    sekarang ni aku boleh kembangkan halaqohku”.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pengisian pada malam tersebut amat menerkah hati suci Idris yang kian tersembunyi. 
Halaqoh terpaksa dianjak ke waktu malam setelah mendapat persetujuan kedua-dua pihak 
kerana hal-hal yang tak dapat dielakkan.


 Nilai keikhlasan sukar untuk difahami bagi orang yang baru hendak berkomitmen

 dengannya. Kendatipun, nilai ini sangat bermakna untuk mukmin yang telah lama menaati 

 Allah, berinteraksi dengan-Nya dan menikmati kemanisannya. Mereka selalu 

 mengharapkan reda Allah dan menghadapkan wajah kepada-Nya, serta berpengalaman 

 memerangi syaitan sekian lamanya. Justeru, hanya merekalah yang mampu mengambil 

 manfaat dari nilai tersebut.


 Ikhlas tidak pernah dikaitkan dengan mengharapkan agar
 perbuatan kita dilihat manusia, namun ikhlas memaksudkan
 agar dilihat Allah sahaja. Jangan pernah sesekali kita 
 mengharapkan orang untuk menyaksikan solat, tangis, 
 atau jihad kita. 
 
Firman Allah, Wa kafa billahi syahida (48:28) sudah cukup 
untuk memastikan ada yang sentiasa menjadi saksi kita.

Di sini ingin ana kongsikan hadis riwayat Abdullah bin Umar, yang mana 
Rasulullah S.A.W. bersabda,

“Suatu hari tiga orang dari kaum sebelum kalian berangkat, lalu (di tengah perjalanan) 
hujan turun mengenai mereka, hingga mereka memasuki sebuah gua di (kaki) sebuah 
gunung dan bermalam di sana. Tiba-tiba sebongkah batu jatuh dari gunung dan menutupi 
pintu gua. Mustahil mereka dapat keluar dari situ. Kemudian, salah seorang dari mereka 
berkata, “Berdoalah kalian kepada Allah, kerana kalian tidak akan mampu melalui batu ini 
kecuali dengan berdoa kepada Allah dengan amal soleh kalian.” 

Orang yang pertama kemudiannya berdoa,

“Ya Allah, aku memiliki dua orang tua yang sudah tua dan juga keluarga. Aku memeras susu 
dan aku tidak memberi anak-anakku minum sehingga kedua-dua orang tuaku minum. Pada 
suatu malam, aku terlambat memeras susu, dan ketika aku pergi untuk memberikannya 
kepada ibu bapaku, mereka telah tidur. Aku tetap duduk di sisi mereka dan tidak 
membangunkan mereka hingga pagi meskipun anak-anakku menangis meminta susu. Aku 
tidak ingin memberi anak-anakku minum sebelum orang tuaku meminumnya. Ketika pagi 
tiba, mereka pun minum.

YA ALLAH, JIKA AKU MELAKUKAN PERKARA ITU KERANA MENCARI

REDA-MU DAN MENCARI WAJAH-MU, MAKA LAPANGKANLAH KAMI DARI

(KESULITAN) BATU INI”
Justeru, bergeraklah batu tersebut namun belum membolehkan mereka keluar dari gua 
tersebut.

Orang yang kedua pula kemudiannya berdoa,

“Ya Allah, aku memiliki seorang anak saudara yang sangat aku cintai tetapi dia menolak 
dariku. Pada suatu ketika, dia kesusahan, kekurangan bahan makanan dan kefakiran. Dia 
datang kepadaku untuk meminjam wang. Aku pun berjanji akan memberikannya wang 120 
dinar dengan syarat persetubuhan. Dia pun menerimanya dengan berat. Ketika aku boleh 
menguasai, dia berkata kepadaku, ‘Wahai hamba Allah, bertakwalah kepada Allah. Aku 
tidak halal bagimu’. Aku terus bangun lalu berkata kepadanya, ‘Ambillah harta ini dan 
pergilah’.

YA ALLAH, JIKA AKU MELAKUKAN PERKARA ITU KERANA MENCARI

REDA-MU DAN MENCARI WAJAH-MU, MAKA LAPANGKANLAH KAMI DARI

(KESULITAN) BATU INI”
Justeru, batu tersebut bergerak lagi namun masih belum membolehkan mereka keluar dari 
gua tersebut.

Orang yang ketiga pula kemudiannya berdoa,

“Ya Allah, aku dahulu mempunyai ramai pekerja, dan selalu memberikan mereka gaji, 
kecuali seorang yang berhenti kerja dan tidak sempat mengambil gaji. Gajinya itu aku 
ambil lalu aku laburkan, hingga suatu hari dia datang dan meminta gaji. Aku 
memberitahunya bahawa gajinya semua binatang ternak ini, baik lembu atau kambing. Dia 
bertanya apakah aku menghinanya, kemudian aku menjawab, ‘Demi Allah, aku tidak 
menghinamu’. Dia kemudian mengambil semua harta itu tanpa meninggalkan sedikit pun 
untukku.  

YA ALLAH, JIKA AKU MELAKUKAN PERKARA ITU KERANA MENCARI
REDA-MU DAN MENCARI WAJAH-MU, MAKA LAPANGKANLAH KAMI DARI
(KESULITAN) BATU INI”
Dan akhirnya batu tersebut beralih sehingga membolehkan mereka beransur dari gua 
tersebut.

Ikhwahfillah Taala, hadis ini jelas-jelas mengajak kita untuk mengetuk pintu hati kita dan 
menjenguk bertanya, Apakah kita ada amalan yang jika kita ditimpa musibah, dan berdoa 
dengan amalan tersebut, 


YA ALLAH, JIKA AKU MELAKUKAN PERKARA ITU KERANA MENCARI REDA-MU DAN 

MENCARI WAJAH-MU, MAKA LAPANGKANLAH AKU DARI KESULITAN INI”?


Pernah atau tidak kita pertimbangkan keikhlasan kita agar da’wah kita ini menjadi suatu 
ibadah yang layak dipandang Allah? 
                                                        



Membekas di hati. Idris benar-benar terasa dengan peringatan tersebut. Seolah-olah
seluruh rohnya terikat kemudian benak ego dan riya’nya ditikam serta-merta. Memang 
selalu pengisian murobbinya begitu. Tepat pada musykilah serta disulami ayat-ayat 
al-Quran dan hadis-hadis sahih.

Dan ikhwahfillah, izinkan ana pada saat ini untuk menyampaikan satu hadis yang 
mengerikan bagi sesiapa yang sedang menternak riya’ dalam diri mereka, hadis 
mengenai tiga golongan yang pertama kali merasakan neraka pada hari kiamat…

Pertama,

Lelaki yang memburu syahid, maka (Allah) memberikan padanya, dan dihadapkan kepada 
Allah. Lalu Dia bertanya, “Apa yang engkau lakukan dengan nikmat itu?” Dia menjawab, 
“Aku berperang kerana Engkau dan aku terbunuh.” Dia berkata, “Engkau bohong, kau 
berperang agar disebut pemberani, bukankah sudah disebut?”. Lalu wajahnya ditarik, 
dan dilemparkan ke Jahannam. Inilah kaum yang pertama kali dilemparkan ke Jahannam.

Kedua, 

Lelaki yang menuntut ilmu, mengajarkannya, dan membaca al-Quran, maka (Allah) 
memberikan padanya, dan dia dihadapkan kepada-Nya. Allah bertanya,”Apa yang kau 
lakukan pada nikmat itu?”. Dia menjawab,”Ya Tuhanku, aku belajar ilmu kerana Engkau, 
dan mengajari manusia membaca al-Quran kerana Engkau.” Allah menyangkal, “Engkau 
bohong, kau belajar agar disebut ‘alim, bukankah sudah dikatakan? Dan mengajarkan
al-Quran agar disebut qari’, bukankah sudah dikatakan?”. Kemudian Allah memerintah 
hingga wajahnya ditarik, dan dilemparkan ke Jahannam.

Ketiga,

Lelaki yang Allah lapangkan, dan Dia memberinya dengan banyak harta. Lalu Allah 
memanggilnya, “Apa yang kamu lakukan pada nikmat itu?” Dia menjawab, “Ya Tuhanku, 
aku tidak tinggalkan satu jalan pun yang Engkau suka di sana dilakukan infak, kecuali aku
berinfak di sana”. Allah berkata, “Kamu berbohong. Kamu berinfak agar disebut 
dermawan, bukankah sudah dikatakan?”

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Mereka bertigalah yang pertama kali merasakan neraka 
Jahannam pada hari kiamat”.   (Riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan Imam Ahmad)

Justeru ikhwahfillah Taala, jangan melengah-lengah dalam menyemai keikhlasan. Tolong 
berwaspada! Jika objek pandangan manusia adalah pakaian yang kita pakai, kenderaan 
yang kita tumpangi, atau dandanan rambut kita, maka objek pandangan Allah adalah hati 
kita dan keadaannya. Boleh jadi manusia melihat yang bagus-bagus sahaja pada fizikal 
kita, tetapi rupa-rupanya Allah melihat kehinaan yang kotor pada hati kita! Khususnya bagi 
kita para dai’e ini, untuk apa kita berda’wah sebenarnya? Menyeru orang kepada Allah, 
atau menyeru orang untuk kemasyhuran diri sendiri? Mahu atau tidak, suatu hari nanti Allah 
memanggil kita, lalu bertanya, 

“Apa yang kamu lakukan pada segala nikmat yang aku berikan padamu?”

Ketika mana kita menjawab,

“Aku gunakan segala nikmat yang ada untuk berdakwah, menyeru orang ke jalan-Mu, 
ya Allah”,

Allah menyanggah, 


“Kamu berbohong! Kamu bukan menyeru orang kerana Aku, tetapi kamu menyeru 
orang kerana kemasyhuran diri sendiri! Bukankah sudah dikatakan?” 


Kemudian Allah memerintah hingga wajah kita ditarik, dan dilemparkan ke Jahannam? 

Itukah yang kita mahukan?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Terguris. Retak. Pecah.

Solat sunat Taubat pada malam itu terasa amat syahdu sekali. Lebih manis dari madu. 
Lebih lembut dari susu. Lebih sejuk dari salju.

             
Mata Idris berkaca-kaca. Air tangisan mula menodai kekeringan pipinya. Jarang hatinya
mampu untuk tunduk sedemikian rupa. Cuma malam itu kerendahan hatinya terasa begitu berdaya untuk melahirkan keluhuran jiwa. Keluhuran yang hanya setara mengambil Allah sebagai saksi. Ketulusan manusiawi yang hanya pantas diukur oleh Allah semata-mata. Serta nilai keikhlasan yang melayakkannya agar dipandang oleh Allah Azza Wa Jalla!



Keikhlasan… Agar layak dipandang Allah!
_________________________________________________________________________________
~Rabbi Yasir Walaa Tuasir~
      WALLAHUALAM


Aku Bukan Malaikat
10/3/2012
2250
V1B-021
Mid-sem break yg dipenuhi assignment + Zulan bantu wat logo Bulan Bintang yg baru